PERHATIAN : Khas untuk anda yang masih TAK BOLEH NAK MOVE ON dari kisah cinta lepas. Kami ada penawarnya…

Anda ingin kami kongsikan cara-cara nak MOVE ON yang MUDAH dan PRAKTIKAL? Hidup anda selepas ini pastinya lebih tenang

Memperkenalkan…

Anda dah cuba nak Move On dari kisah silam tapi masih tak berjaya lagi? Anda masih mengalami situasi-situasi seperti di bawah ini?:

  Tak mampu nak Move On. Setiap saat ingat pada dia. Bila nak tidur, kadang-kadang sampai tak boleh tidur. Bangun tidur pun masih ingat pada dia.

Susah betul nak Move On, Asal nak Move On je mesti dia contact balik. Terus teringat kenangan manis masa bercinta dulu-dulu.

Kadang-kadang rasa tak kuat. Dengar nama dia pun rasa macam nak pitam! Sebab terlalu geram.

Nak Move On, tapi kerja tempat yang sama pula.

Penat asyik trigger dengan apa yang dia buat. Semua ni buat aku rasa pedih dan sedih. Pendam sampai makan hati.

Dah buat macam-macam untuk Move on, hampir bertahun-tahun cuba tapi masih tidak boleh lupakan dia? .

Masih sayang, tapi terpaksa Move On?

Dah cuba nak Move On tapi masih sibuk nak ambil tahu pasal dia?

Masih keliru sebenarnya diri sendiri sudah betul-betul Move On atau pun belum?

Masih tak boleh terima kenapa semua ni jadi pada aku?

Masih lagi terperangkap dalam hubungan yang toksik tetapi serius nak Move On?

Jika jawapan anda YA untuk mana-mana fakta di atas, izinkan kami membantu anda. Ini mungkin penyelesaian yang anda tercari-cari selama ini.

Memperkenalkan

SEMINAR MOVE ON

selama 2 hari yang sangat PADAT!

Kami telah susun isi kandungan dalam SEMINAR MOVE ON merangkumi topik-topik seperti di bawah:

Topik 1 : Susah ke Nak Move On?

Ramai yang nak Move On tapi masih stuck pada fasa yang sama. Dalam slot ini, peserta akan mengetahui mengapa ada individu yang sangat struggle nak Move On dan apa penyelesaian yang ada untuk mengatasinya. 

Topik 2 : Mencari Ketenangan Disebalik Ujian

Matlamat slot ini adalah untuk membangkitkan kesedaran bahawa kita sentiasa tidak keseorangan. Peserta juga akan belajar bagaimana untuk mengatasi rasa kecewa, marah dan dendam terhadap perkara yang telah berlaku.

Topik 3 : Kisah Inspirasi 

Dalam slot ini, peserta akan didedahkan dengan real case study bagaimana seseorang itu bangkit dari kisah cinta lampau dan bergerak ke hadapan. Sudah tentu banyak yang anda dapat relate dan pelajari.

Topik 4 : Dia Menguji Kita

Slot ini akan membimbing para peserta untuk lebih mengenali diri sendiri. Ia akan membantu peserta untuk melalui proses Move On dengan lebih berkesan.  

Topik 5 : Mencipta Kebahagiaan Impian

Slot ini akan membawakan pendekatan yang praktikal bagaimana peserta dapat membina impian baru setelah Move On. Peserta juga akan dapat mempelajari bagaimana untuk lebih menyayangi diri sendiri.

Topik 6 : Hijrah Cinta

Dalam slot ini, peserta akan mempelajari teknik bagaimana untuk kembali mencari dan memulakan perhubungan baharu yang lebih baik dan membahagiakan.

Siapakah SPEAKER dalam SEMINAR MOVE ON ini?

Dr. Umirah binti Mohd Taib (Bonda Umirah) merupakan anak kelahiran Selangor. Beliau merupakan lepasan Asasi Sains Kolej MARA Kuala Nerang dan melanjutkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda MBBS dalam bidang Perubatan.

Kini beliau sedang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Bimbingan dan Kaunseling. Beliau juga berpengalaman berkhidmat sebagai doktor perubatan di Hospital Sungai Buloh daripada tahun 2016 sehingga 2018.

Dr. Suzana binti Mohd Hoesni merupakan Pensyarah Kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau mempunyai PhD dalam bidang Psikologi daripada Universiti Sains Malaysia pada 2011.

Sebelum itu, beliau telah melanjutkan pelajaran pada tahun 2000 dalam Sarjana Psikologi Perkembangan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan University Wisconsin Madison, USA pada tahun 1996 dalam bidang yang sama.

Puan Sobiroh binti Mohamad Puzi (​KB08825, PA08430) merupakan kaunselor berdaftar Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM). Beliau sering mengendalikan pelbagai kes berkenaan isu hubungan, kekeluargaan, kerjaya dan pelbagai isu-isu peribadi.

Beliau memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Pembangunan Insan dari Universiti Malaya (UM) dan Ijazah Sarjana Sains (Kaunseling) dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

Puan Nurul Afifah binti Ghazali berasal dari Johor dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Beliau juga merupakan seorang penulis dan berpengalaman dalam mengendalikan isu-isu berkaitan pasangan bagi mereka yang memerlukan khidmat nasihat dalam pemilihan calon pasangan.

Puan Afifah juga mengendalikan sesi diskusi berkaitan tip perhubungan melalui platform Zoom secara percuma setiap hari Jumaat anjuran TillJannah.my . Antara topik yang pernah dibawakan oleh Puan Afifah ialah Overthinking, Tanda Red Flag dalam Perhubungan, Toxic Relationship dan banyak lagi.

Encik Mohammad Fareez bin Amirah merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Beliau banyak terlibat dalam aktiviti-aktiviti sukarelawan dan pembangunan diri.

Beliau juga merupakan seorang pensyarah sambilan dan berpengalaman dalam menyampaikan pelbagai topik dalam seminar-seminar tentang perhubungan.

Cik Nur Siti Fatimah binti Mohd Siheab merupakan anak kelahiran Perak dan merupakan salah seorang pelajar lepasan Giat MARA dalam bidang memasak, kecantikan dan spa. Beliau berpengalaman berinteraksi dengan manusia daripada pelbagai lapisan masyarakat melalui pekerjaan dan latihan yang disertainya.

Beliau juga pernah menempuh beberapa fasa kesakitan akibat kehilangan yang memeritkan sehingga mengalami tekanan dan kemurungan. Namun kini, beliau bangkit semula sebagai seorang wanita gagah dan mampu memotivasikan orang sekelilingnya

APA YANG ANDA AKAN PEROLEHI SELEPAS MENYERTAI SEMINAR INI?

Anda akan lebih kuat untuk melawan tekanan perasaan yang dialami selama ini

Anda akan lebih tenang untuk teruskan melangkah ke hadapan

Anda semakin yakin dengan kemampuan diri sendiri untuk Move On dengan panduan yang betul

Anda tidak akan rasa keseorangan lagi dalam menempuhi cabaran untuk Move On

Anda akan lebih bersyukur dengan segala nikmat yang sangat banyak Allah berikan

Anda akan mengetahui strategi untuk bangkit dan kembali bercinta. Cintakan diri dan cintakan orang lain. .

Jom kami bantu anda selama 2 hari ini untuk anda Move On. Semakin lambat anda bertindak, semakin lama anda akan STUCK dan tidak boleh Move On.

Atau masih sanggupkah anda menghadapi semua yang di bawah ini?

Dah bertahun-tahun kisah berlalu, masih lagi tak Move On. Masa akan berlalu sangat pantas. Setahun, dua tahun, 5 tahun, 10 tahun.

Kita masih berendam air mata, masih tertekan dan hidup tak tenang. Sedangkan si dia dah bahagia dengan pasangan lain.

Kita masih lagi nak korbankan perasaan untuk ingat kepada orang yang langsung tidak menghargai diri kita.

Kita masih lagi duduk di takuk lama? Tak nak Move On.

Asyik kata tak mampu jer nak Move On sedangkan kita sebenarnya mampu je buat.

Tepuk dada, tanya diri. Adakah anda betul-betul serius untuk Move On dan keluar dari perangkap “STUCK” tersebut?

Atau masih dengan pilihan terus bersedih dan hanyut dengan rasa kecewa?

Jika anda bersungguh-sungguh untuk teruskan niat untuk Move On dan mahukan kami bantu anda. Anda ialah PEJUANG MOVE ON yang kami nantikan untuk datang ke SEMINAR MOVE ON ini !

BAGAIMANA SESI SEMINAR ONLINE INI BERLANGSUNG?

Seminar Move On ini diadakan secara atas talian melalui aplikasi Zoom. Link akan diberikan melalui emel anda setelah anda membuat pendaftaran dan pembayaran.

Setelah pendaftaran berjaya terus semak e-mel anda. Kami berikan resit pendaftaran melalui e-mel yang telah dimasukkan. Pastikan e-mel anda aktif ya!

Banyak program dan seminar atas talian yang telah kami lakukan secara aktif semenjak wujudnya Pandemik Covid-19. Alhamdulillah, kami menerima maklum balas yang baik dari peserta. Jadi, tiada masalah untuk kita melakukannya secara online juga untuk kali ini. Di bawah ialah antara sesi online yang telah kami adakan.

Sesi Diskusi Setiap Hari Jumaat Melalui Zoom
Sesi CHIT CHAT BERSAMA KAUNSELOR Melalui Google Meet

Jadi, apa anda tunggu lagi? Jom daftar sekarang juga!

BERAPA YANG ANDA PERLU LABURKAN UNTUK SEMINAR ONLINE 2 HARI YANG SANGAT PADAT DAN BERMANFAAT INI?

Ditawarkan secara PERCUMA!!!

Tawaran yang sangat-sangat berbaloikan? Mana anda nak jumpa di luar sana pakej seperti ini?

Jadi, inilah masanya untuk anda kembali bangkit dan MOVE ON!

Daftar sekarang!

Atau anda masih ragu-ragu? Baiklah, ini tawaran yang tidak masuk akal daripada kami iaitu…

Money Back Guarantee

Ya! Kini, anda boleh membuat pembelian anda TANPA RISIKO. Kalau anda tidak berpuas hati dengan kandungan program kami, anda boleh delete kesemua material yang diterima dan anda boleh minta kami refund 100% wang anda dalam masa 30 hari selepas Seminar Move On diadakan.

P/S: Jangan berlengah lagi. Lagi cepat anda bertindak, lagi cepat anda akan mengecapi rasa bebas dan tenang setelah melalui fasa Move On

Anda ada sebarang soalan? Jom WhatsApp kami sekarang!

© Hakcipta terpelihara. Seminar ini dianjurkan secara bersama oleh